28 April 2011 yg lalu, genap 20 tahun perkhidmatan aku dalam PDRM ni. Pejam celik pejam celik dah 20 tahun. Lama ke tak aku sendiri pun tak tau. Tapi kalau pompuan usia tu, dah anak dara dah. Dah boleh jadi bini orang dah. Hehe..
Aku masuk polis pada 28 April 1991.Sebenarnya aku ni bukan minat sangat jadi polis ni. Anti ada la.. Tapi dah mungkin rezeki aku dalam polis kut. Grad dari ITM aku buat keja macam2. Atenden pam minyak, keja kilang, jual burger, guru sementara etc. Last-last bila iklan Inspektor keluar, member aku Azam yg dok pujuk aku suruh minta polis. Last-last isi borang jugak. So lapor diri kat Kompeni I, Pulapol KL. Sekarang Kompeni I bukan lagi asrama pelatih. Dah jadi pejabat Jab. Narkotik. Aku pun dah lama tak pergi sana. Sejak Pulapol meriah dengan Adenovirus, lagi ler aku tak berani nak masuk. Masa aku training kat sana, OC Kompeni ialah C/Insp. Muthusamy. Tak tau la dia masih ada lagi dalam PDRM ni ke tak. Asistant dia, Sarjan Mejar Mat Jidi. Sekarang ni dah pencen. Last dia pencen pangkat Sub-Insp. Ok la. Ada ler kemajuan dalam kerjaya.
Training kat Pulapol ni nak kata teruk, tak ler teruk sangat. Nak kata tak teruk pun teruk la jugak. Pagi-pagi biasanya samada latihan jasman (PT) atau pun latihan kawad. Bangun pagi-pagi berebut masuk bilik mandi untuk mandi. Memang nak kena kejar masa time training ni. Tapi ramai yang tak mandi pagi kalau pagi tu ada PT sebab nanti masa PT sure berpeluh-peluh. Lepas PT kita orang breakfast dulu then baru balik asrama untuk mandi dan bersiap untuk ke kuliah. . Kalau pagi tu aktiviti kawad, sama jugak programnya. Bangun pagi nak kena kemaskan katil dan asrama dulu baru boleh keluar latihan. Pakaian masa tu, unifom biru muda, seluar pendek, talipinggang putih, hopstock, anklet putih, drill boot dan beret.

1991
Dari asrama ke kelas mesti berkawad. Sambil berkawad tu, kena nyanyi lagu 'Polis Sedia Berkhidmat'. Nak menanamkan semangat kepolisan dalam diri pelatih. Kalau lewat nak ke kelas, apa lagi, terpaksa le lari. Kalau lewat sampai kelas , kena denda lari keliling padang kawad..

1991


1991
Kelas undang-undang habis jam 1245hs. Kawad balik ke asrama untuk makan tengahari dan rehat sekejap. Solat zohor. Jam 1400 bersiap untuk latihan kawad tiap-tiap petang. Latihan kawad dari jam 1430-1630 hrs. Sebab tu kita orang semua hitam. Mak kawan aku yg datang melawat pada hari minggu pertama kami boleh terima pelawat, menangis tengok anak dia. Dah le rambut gonjeng, kurus kering, hitam pulak tu..

1991
Sepanjang training di Pulapol selama 6 bulan ni, kita orang dibenarkan keluar bandar setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 1000-2200 hs. Itu pun bergantung kalau takde sebarang program lain. Kalau ada program lain, tak boleh la keluar bandar. Sama jugak kalau kena denda double kawad atau CB (Confine to Barrack). Kalau kena denda ni, tak boleh ler keluar bandar. Sepanjang training ni, banyak kali jugak la aku kena denda. Double kawad 7 kali, CB 5 kali jugak la. Kalau nak keluar bandar, kita orang kena pakai baju putih lengan panjang, bertali leher Pulapol dan seluar panjang biru gelap dan bersepatu hitam. Tiap malam kita orang kena solat berjemaah di masjis Pulapol mulai dari solat Maghrib hingga solat Isyak. Antara kedua-dua solat tu, ada tazkirah. Tapi semua aku tengok lelap je. Termasuk la aku. Letih beb..

1991

1991
Selepas 6 bulan latihan asas, kita orang pun passing out dan malamnya ada mess nite..

1991

1991

1991
Esoknya kita orang berlepas ke Sek. Latihan Pasukan Polis Hutan (SLPPH), Ulu Kinta, Perak untuk menjalani Latihan Penyesuaian PPH dan Latihan PORU (Public Order Riot Unit). Latihan kat PPH ni lagi teruk dari latihan kat Pulapol KL. Kita orang tinggal kat drillshed depan padang kawad. Makan pun dalam bungkus je. Takde makan berhidang macam kat Pulapol KL. Hari-hari pakai unifom hijau. Kelas pun bawah pokok je. Kesemua latihan kat sini melibatkan latihan fizikal. Tembak, rentas halangan, masuk hutan, merangkak etc. Paling memenatkan ialah latihan inokulasi. Latihan ni kita orang kena merangkak dalam parit, lalu celah terowong, merangkak bawah kawad duri etc, di atas parit ditembak peluru hidup, dalam parit dibaling tunderflash dan penghujungnya kita orang kena tembak target. Suasana betul-betul macam suasana perang. Ramai yang nak berhenti kerja bila kena latihan ni. Tapi bila dah habis training, takde pun yang hantar surat nak berhenti kerja.

1991

1991
Seminggu terakhir latihan PPH ini, kita orang menjalani latihan amali masuk hutan dimana kita orang akan masuk hutan di Beruas, dan turun ke Telok Senangin di Perak. Sepanjang latihan amali ni, segala pengajaran yang telah diajar di SLPPH dijadikan panduan dan pedoman. Termasuk latihan menyerang musuh, bertempur, rondaan, minum dari akar kayu, masak dalam tanah, serang hendap etc. Selesai latihan PPH, kita orang jalani latihan PORU pulak..

1991

1991


1991
Habis latihan di SLPPH, kita orang dibenarkan bercuti dan kemudian dikehendaki lapor balik ke PulapolKL untuk diberikan penempatan baru. Aku ditukarkan ke Kontinjen Melaka bersama Pozlan dan Badrul. Sampai je kat IPK Melaka, terus mengadap KP. KP masa tu SAC 2 Yusuf Harun. Memandangkan kami datang 3 orang, Melaka ada 3 daerah polis, KP arahkan aku lapor ke IPD Jasin, Badrul ke IPD Alor Gajah dan Pozlan ke IPD Melaka Tengah. So, esoknya aku lapor ke Jasin. Sampai di daerah yg aku tak pernah sampai sebelum ni. Takde kawan, takde sedara mara. Alhamdulillah, urusan aku dari lapor diri sampai sewa rumah, basuh rumah etc dibantu oleh Sjn Dolmat. Aku pun tak tau dimana dia sekarang. Yang pasti dia dah pencen. Kalau dia masih hidup, aku harap dia dalam keadaan sihat dan dilindungi serta diberkati Allah swt hendaknya. Aku dok di Jasin, satu malam sahaja. Esoknya aku terima arahan untuk lapor diri ke IPD Melaka Tengah pulak. So, lapor la ke IPD Melaka Tengah.

1991

Masa di IPD Melaka Tengah, aku bertugas sebagai Pegawai Pendakwa di Mahkamah Majistret Melaka. Yg banyak mengajar aku ialah Arwah Mansor Idrus. Dia yg banyak membantu dan mengajar aku sepanjang aku bertugas di sana. Bulan ramadhan tahun 1992, aku terlibat dengan kemalangan jalanraya. Aku yg menunggang motorsikal dilanggar dari belakang di simpang Peringgit. Teruk jugak kecederaan aku. 5 bulan aku terlantar di Hospital Besar Melaka. 5 kali jugak aku masuk dewan bedah. Hampir setahun jugak aku cuti sakit. Yg banyak membantu aku semasa di hospital jugak adalah Arwah Manso Idrusr. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman. Selain dari itu, Tn Kamaruzaman Jaafar, Pozlan, Mohd Nor Kassim & wife (Zila) jugak banyak membantu aku. Thanks..
Tahun 1993, aku telah ditukarkan ke Bn. 1 PPH, Ulu Kinta, Perak. Sebab apa kena tukar, aku pun tak tau. Nak kata aku slack, buat silap, takde pun. Tapi memang ramai skuad aku yg kena tukar PPH masa tu. Mula-mula tukar PPH tu, memang aku tak seronok. Yela dari polis yg dok kat bandar, kena tukar dok kat hutan pulak. Tapi macam kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Bila dah lama keja kat PPH ni, aku
jadi seronok pulak. Sebab utama, takde tekanan mental. Cuma fizikal je yg teruk sikit. Sebab terpaksa bertugas sini sana. Yg tak tahan sebab sekali keluar bertugas makan masa 1-2 bulan. Terpaksa tinggal famili sepanjang tempoh tu. Sejak bertugas kt PPH ni, banyak tempat jugak yg aku pergi. Sempadan Malaysia-Thai tu tak payah cakap la. Sampai aku boleh cakap bahasa Thai. Cuma tak sempat nak kahwin dengan pompuan Thai je. Tu pun memang ada yg ajak. Aku je yg tak sanggup. Selain dari tu, aku jugak pernah jadi Komandan Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin (PATI) sebanyak 4 depoh. Langkap, Semenyih, Macap Umboo & Lenggeng. Event besar yg aku terlibat sepanjang di PPH ni ialah Mesyuarat Ketua Negara APEC dan Reformasi.

1993

1993

1997

1997
Tahun 1993, aku melangsungkan perkahwinan dengan isteri aku. Buat silang pedang (sword barriers) jugak.

Selepas 6 tahun di Bn. 1 PGA (kalau tak silap aku, pada tahun 1997 dah ditukar nama PPH ke PGA), aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selangor mengambil jurusan Sarjana Muda Undang-undang. . Dari PDRM ada 12 orang semuanya. Alhamdulillah, selepas 4 tahun bergelumang dengan buku, assignment, kuliah dan lecturer yg strict and killers,pada tahun 2003, aku tamat jugak belajar dengan keputusan Second Class Upper. Sayang kerana arwah ayah aku tak sempat untuk melihat aku menerima ijazah kerana dia pergi menemui Illahi pada tahun 2002.

2003


Tamat pengajian, aku telah ditukarkan ke Pulapol KL sebagai pensyarah undang-undang. Kemudiannya dalam tahun 2004 aku telah ditukarkan ke Bahagian Perjawatan Bukit Aman di Unit Pegawai Kanan atau dikenali sebagai Unit GO. Bertugas di Unit GO ni memang best sebab aku punya staf yg rajin bekerja dan rapat dengan aku walaupun kat unit tu aku yg selalu marah dia orang. Biasala dah buat silap mesti kena marah. Tapi walau pun aku marah, marah aku kerana aku sayang kat depa tu semua. Kami seolah seperti satu keluarga yg besar. Sepanjang dok sana, sempat la jugak aku bawak staf2 aku bercuti, berbuka puasa dan lain-lain lagi. Majoriti depa pun staf yg baik. Terima kasih diatas bantuan, kerjasama dan yg lainnya..











Sepanjang bertugas di Unit GO jugak aku berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana di UKM. Aku perolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan atau Master In Business Administration (MBA). Alhamdulillah. Masa kat sini jugak aku dapat mewakili Kontinjen Bukit Aman dalam acara boling. Dapat jugak hadiah. Hehe..



Jun 2010, aku kena tukar. Kali ni kena tukar ke Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu. Tak pernah aku terfikir yg aku nak kena tukar ke sana. Last aku pergi KKB kalau tak silap aku tahun 1996 dulu. Masa tu maktab ni dikenali sebagai Maktab Pegawai Kanan Polis. Tapi bila maktab pegawai yg baru siap di Cheras, maktab di KKB ni dah jadi maktab untuk pegawai rendah polis. Hari aku lapor diri kat maktab ni, ada peserta kursus yg meninggal dunia. Kata orang, kalau melibatkan kematian, tu petanda buruk. Kalau ada kelahiran ke, itu petanda baik. Betul ke tak, aku pun tak tau. KKB ni pekannya tak berubah sejak kali terakhir aku datang sana. Yg bertambah baru pun mungkin sebab dah ada 7e dan restoren
mamak tu yg buka 24 jam tu. The rest masih macam dulu jugak. Suasana pun sejuk dan tenang je. Kerja kat maktab KKB ni, banyak ler jugak. Selain dari ada banyak aktiviti yg aku kena join atau kena tunjuk muka. After dinner talk, malam mesra, tahlil, qiamullail (yg ni aku tak sempat nak join. hihi..) dan lain-lain aktiviti lagi. Pendek kata, ada je aktiviti, terpaksa ler aku kena tunjuk muka. Kerja kat sini okay, aku pun enjoy, pegawai, anggota, baik kakitangan awam, semua memberi kerjasama yg baik pada aku. Terima kasih semua.











Pada Januari 2011, aku telah ditukarkan sekali lagi. Kali ni aku ditukarkan ke Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur. Okay la, rumah aku belakang ni je.Kat sini aku jadi penyelaras kursus dan juga pensyarah. Dua bulan pertama aku kat sini, aku jadi bingung sebab aku takde keja. Fail pun takde, keja pun takde. So, aku habiskan masa aku dengan update powerpoint aku dan FB la apa lagi. Keja kat sini pun okay. Okay sebab takde keja kalau takde kursus. Staf kat sini pun okay cuma aku belum kenal depa sepenuhnya. Tapi setakat ni depa semua okay.


20 tahun dalam PDRM ni, aku sendiri tak pasti samada aku suka atau pun tak. Ada detik-detik yg menarik untuk aku kenang. Begitu jugak ada detik-detik hitam yg memang menyakitkan hati bila diingati. Apa pun inilah namanya kehidupan. Aku belajar banyak perkara dalam PDRM ni. Perkara baik dan perkara tak baik. Juga pengajaran yg bisa membuatkan aku samada menjadi lebih matang, atau menjadi lebih berhati-hati, atau menjadi lebih ....
Apa pun selama 20 tahun dalam PDRM ni, aku telah menerima 2 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu bagi tahun 1998 dan 2005 dari Ketua Polis Negara dan 1 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari PM bagi tahun 2005..




Surat teguran pun ada 2 jugak. Hehe..Sejak berkhidmat dalam PDRM jugak, aku telah berpeluang pergi ke seluruh negara atas tiket tugas. Dari sempadan Malaysia di utara, hingga ke penghujung Semenanjung di Kota Tinggi, hinggalah ke Sabah dan Sarawak. Tempat yg aku tak pernah terfikir untuk sampai pun aku sampai jugak macam Istana Negara, pejabat Tun Dr Mahathir di KLCC etc..




2006
Masa depan aku dalam PDRM selepas ini, aku sendiri tak tau. Ada ketikanya aku terfikir untuk meninggalkan pasukan ni. Cari pengalaman dan peluang yg lebih baik di luar. Tapi pada masa yg sama, aku masih sayang pada pasukan ini. Apapun, hanya masa yg bisa menentukan segalanya..

No comments:
Post a Comment